Monday, August 6, 2012

1 ) hari terakhir persekolahan

Barisan guru-guru yang tersusun rapi di tepi pentas utama tapak perhimpunan sekolah memudahkan para pelajar untuk bersalaman dengan mereka sempena berakhirnya sesi persekolahan bagi tahun tersebut. Kelihatan pelbagai reaksi wajah yang lahir pada wajah-wajah guru mahupun anak-anak murid didiknya. Suara tangisan yang sayup-sayup kedengaran seolah-olah menggamit hati pengamati untuk mencari arah suara tersebut. Namun, bukannya seorang sahaja yang menzahirkan perkara tersebut. Begitulah senario kebiasaan yang akan melanda setiap sekolah rendah dan menegah mahupun di institusi pengajian tinggi di mana-mana tempat ianya mempunyai tenaga pengajar dan generasi penuntut ilmu yang akan meneruskan cetusan pengetahuan yang pelbagai di hari kelak.

Tetapi, biarpun ramai yang sayu dengan perpisahan itu, namun tidak bagi Azli. Azli yang merupakan pelajar tingkatan 5 Cemerlang merasakan pengakhiran kepada sesi persekolahan tersebut begitu bermakna  baginya. Bukan kerana tidak menggemari dalam mencari ilmu pengetahuan, tetapi bagi dirinya, tanggunggjawab sebagai anak tunggal yang perlu menyara keluarganya yang telah lama ditinggalkan oleh ayah yang tercinta akibat daripada serangan jantung 10 tahun yang lalu semakin menebal dalam dirinya. Ibunya mak Senah merupakan seorang yang kelainan upaya. Mak senah hanya mampu melakukan kerja-kerja rumah dengan bergantung kepada kerusi roda yang telah disumbangkan oleh jabatan kebajikan masyarakat kepadanya. Pergerakan yang agak terbatas itu telah menyebabkan dirinya begitu sukar untuk mengerjakan rutin hariannya sebagai seorang ibu. Keadaan separuh badan kirinya yang lumpuh telah menambahkan lagi tekanan kepada Mak Senah kerana tidak mampu untuk menyediakan setiap keperluan yang perlu ada untuk Azli ke sekolah. Namun, semua itu tidak dipinta oleh Azli. Azli menyedari bahawa semua yang telah tersurat itu adalah cubaan yang hanya sekelumit baginya berbanding dengan nasib sesetengah masyarakat lain di luar yang lebih payah daripada kehidupannya.

"Azli dh ade perancangan untuk cuti panjang ni ?" tanya Cikgu Ahmad yang merupakan guru kelasnya. "Buat masa ni belum cikgu, saya fikir saya nak tolong ibu saya kat rumah saja dulu. Kalau ada rezeki untuk bekerja,insyaallah saya terima dengan senang hati." jawab Azli dengan bersahaja. "Baguslah kalau macam tu, cikgu doakan semoga awak berjaya dengan impian awak. Yang penting, kene ada usaha yang berterusan, dan kemahuan untuk berjaya tu mesti sentiasa ada." balas cikgu Ahmad. "Terima kasih cikgu." Azli kemudian bersalaman dengan cikgu Ahmad yang berdiri di barisan akhir guru-guru lelaki dan terus menuju ke kelasnya. Azli memang suka berjalan seorang diri. Baginya banyak perkara-perkara dan idea baharu yang akan muncul di benak fikirannya ketika berbuat sedemikian.

Jam di dinding menunjukkan pukul 11:00 pagi menandakan waktu balik untuk hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun tersebut. Azli menarik nafas panjang ketika melaui pintu pagar sekolah kesayangannya untuk pulang ke rumah. "Li, ada masa lapang kami akan datang rumah awak,boleh tak ?" Suara yang sedikit menjerit itu datang daripada rakan sekelasnya Hafiz sambil berjalan dengan rakan-rakannya yang lain. Anggukan dan senyuman yang diisyaratkan oleh Azli seolah-olah telah memberi jawapan kepada persoalan tersebut. Azli meneruskan perjalanannya dengan wajah yang tenang, dan langkahan yang bersahaja sambil bibirnya melafazkan sesuatu tetapi tidak begitu jelas kedengaran.

Setelah 30 minit berjalan kaki, Azli sampai di halaman rumahnya. Begitu senang hatinya melihat ayam dan itik peliharaannya yang berada dalam kawasan ternakan khasnya di sebelah kanan rumah. Azli melabuhkan punggungnya di anak tangga, dan perlahan-lahan membuka kasut dan sarung kakinya sebelum naik ke rumah. "Assalammualaikum ibu, abang dah balik." Panggilan abang yang sinonim dengan Azli yang merupakan panggilan manja oleh arwah ayahnya dahulu. Kini, panggilan itu hanya mampu dituturkan oleh seorang tua yang telah membesarkannya setelah kepergian arwah ayahnya. Tapi, semua itu sudah biasa bagi dirinya. Biarpun pada zahir tidak mampu untuk ditatap tubuh sihat ayahnya, namun kehadirannya dalam sanubari sentiasa ada bagi Azli. "Waalaikumsalam."sepatah jawapan salam daripada Mak Senah. "Abang pegi tukar baju dulu,nanti kita solat zohor kat masjid sama-sama ye bang.Selesai solat nanti kita makan tengahari." Itulah pertuturan yang akan sentiasa didengari oleh Azli seketika pulang dari sekolah. Biarpun dia terpaksa membawa kerusi roda ibunya naik turun dari rumah dan begitu juga ketika sampai di masjid, namun semua itu tidak pernah menjadi halangan walaupun sedikit bagi Azli.Senyuman yang sentiasa terbit dibibirnya menyuarakan rasa senang yang tersemat di dalam hatinya kerana masih lagi mampu untuk mendampingi dan berbakti kepada insan yang amat disayanginya. Azli percaya bahawa tuhan itu maha adil dan bijaksana, dan tuhan juga juga tidak akan menguji hambanya, melebihi batas keupayaan hambanya. Setelah selesai menukar pakaian solat Azli dan ibunya pergi ke masjid untuk menunaikan solat zohor berjemaah di sana.

Ketika dalam perjalanan pergi ke masjid yang selang sembilan buah rumah daripada rumahnya, ibu azli memulakan perbualan dengan anak sulungnya itu. "Abang,tahun ni abang dah tanat sekolah untuk peringkat spm, apa yang arwah ayah dan ibu nak, abang pergilah melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti pulak sekiranya keputusan peperiksaan abang dah keluar nanti. Ibu selalu doakan abang dapat keputusan yang terbaik dalam apa jua bidang yang abang ceburi." Permintaan yang dilafazkan oleh ibunya membuatkan Azli terdiam sebentar. Begitu mendalam kata-kata yang disuarakan oleh ibunya itu. ""